Perutusan Guru Besar

Salam sejahtera,

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita berjaya mengujudkan satu Laman Web Sekolah. Melalui laman web ini, diharap dapat memberi beberapa maklumat kepada guru-guru serta murid-murid amnya dan juga ibubapa pelajar SK Langkon.

Melalui kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua guru dan KTBM atas usaha merangka dan membina laman web ini,tenaga dan usaha yang telah dan akan dicurahkan akan memberi kesan yang positif untuk melahirkan para pelajar yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan yang tinggi seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

           Selain itu,tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih saya pada pihak jabatan yang sentiasa memberikan kerjasama,bimbingan dan nasihat dalam menjayakan pelaksanaan laman web ini.

         Akhir kata,kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan walaupun  berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini yang memaksa kita untuk menghadapinya.


Sekian.


Ressi Dai

Guru Besar SK Langkon

Kota Marudu.

Make a Free Website with Yola.